❤ ❤ Pengikat Kasih Sayang KAMI ❤ ❤


Tuesday, May 7, 2013

6 Mei 2014..Turn 28

Alhamdulliah,6 Mei genapla usiaku 28thn...masih diberi kesihatan yg baik...diusia ini saya mempunyai the best husband and the pretty daughter...dan diusia ni ada sikit kemajuan...saya sudah membuka syarikat sendiri...graphic house..Dah bernekad bukak own company old compoany mmg x memahi keadaan saya yg anak selalu kluar masok wad..BUT demi nak besarkan si Bambam tu la bernekad bekerja sendiri..

Azam tahun ni nak memajukan IMPRESSIVE DESIGN SOLUTIONS,yg baru ditubuhkan 3bln...yes,saya masih mentah dan baru..masih banyak yg perlu belajar...doakan saya kawan2..

Utk birthday kali,en suami masih membuat kejutan...hohoho!!! Kejutan utk thn yg ketiga..huh xtau apa yg nk diungkapkan...terharu and xtau nk ckp pe...♥♥♥

Pagi2 6 mei tu biasala lepas hantar bambam nursery dudukla opis...online and wat keje ape patot...dlm hati,huh suram je bezday tahun ni...salo en suamila org 1st wish but this year sunyi...lewat wish...ok ptgnya dlm 3  lebih,tiba2 bunyi org masok opis..aik lampu apa ni..tgk2 en suami bawak sebijik kek...bagaikan mimpi...apa lagi senyum ke telingaaaa...dan ada sejambak bunga...sayang u ketat-ketat..:)


Taraaaa!!! Amacam senyum sampai telinga x...


TQ sayang...Besday u ada rezeki lebih insyaAllah saya tunaikan impian u..



Sunday, May 5, 2013

Aktiviti Si Kecil

Saya memang x nafikan saya memang seorang mama yg busy...Tp sebizi mana saya,anak,husband and family is number 1...For me duit boleh dicari..X sama nilai dengan mereka kesayanngan saya..:)

Siang sy akan menguruskan company dan juga online shop Tiny Tots Collections...Pada mlm hari menguruskan graphic plak...Saya akan mencuri masa paling sikit pon 1 jam utk sikecik...bermain bergurau senda..Amat bermakna walaupon hanya beberapa minit...

Bulan 8 ni genapla si bambam 3 thn..Pejam celik dah besar dah die...Alhamdulillah diusia 2 thn 9bln,bambam dah mengenal ABC,123..Doa makan dan sudah pandai menulis mengikut abjad ABC...Setiap ibu bapa semestinya nak bg yg terbaik utk si kecil...Begitu juga saya...Saya akan buat sehabis baik ape yg mampu..Biar penat asal mendapat pulangan..InsyAllah...

Baru² Bambam saya nampak minat utk berenang..So mama gigih bertanya itu ini...Actually class start for 4yrs..Sbb umur tu sesuai utk menerima arahan,...Di kolam renang Stadium Indera Mulia Ipoh...4x latihan hanya RM35..Register fee RM15..But i xsabar and pujuk trainer tu..Ok dia setuju ajar basic bagi berani dengan air...Hihihi...Memula si mama ni ingat bambam akan takut...so mama skali masok ke dlm air for first class...Try 2nd class ok my doter boleh berdikari..Dengan sendiri dia ke pool..


Si mama & papa hanya merenung dr jauh...Dlm hati rasa nak menangis...Ya Allah besar dah anak  kami...Dah boleh berdikari..Dah boleh menerima arahan walaupon x sepenuhnya...Ok kire advance la utk umur dia..Lepas abes swimming class, bambam senyum je bejalan keluar dr swimmping pool...Oh syurga rasa terus peluk si kecil..:)


Adakah bakal perenang PERAK...Oh mama jangan berangan ok..:P



Tuesday, February 5, 2013

Alhamdulillah IDS vs TTC

Alhamdulillah, pada 3.2.2013 doa selamat dibaca.Selepas Ustaz menyebut amin sebak rasa dan rasmilah IMPRESSIVE DESIGN SOLUTIONS.
Beralamat,

IMPRESSIVE DESIGN SOLUTION
NO 58-1 JALAN MERU BESTARI A9,
BANDAR MERU RAYA,
30020 IPOH PERAK

Antara menu-menu..

Sekitar Majlis..

Gambar sekitar majlis.Terima kasih pada keluarga dan sahabat handai yg hadir. 

Disamping tu Ony tetap terus menjalankan Tiny Tots Collections..Boleh tgk koleksi di FB.



Alhamdullillah sekarang langkah pertama done..Go to next step..
Wish me LUCK..

Bukan senang nak senang & bukan susah nak senang juga..


 

Saturday, January 26, 2013

CARA PEMAKANAN VCO/SUPPLEMENT



TIPS PENGAMBILAN ATAU MAKAN SUPPLEMENT DENGAN BETUL
Atau dalam hal ini cara makan dan waktu pengambilan VCOA .
1. MAKAN / AMBIL supplement (VCOA) selepas breakfast atau sarapan pagi dan waktu malam(sebelum tidur) pada jam 10 malam
2. KERANA ?? Pada masa ini sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit slow atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan supplement (VCOA) bertindak dan bekerja dalam badan kita.
3. ELAKKAN pengambilan supplement (VCOA) pada waktu tengahari kerana pada masa ini sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.
4. ELAKKAN juga pengambilan supplement (VCOA) sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku/kurang kerana supplement yang kita makan akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.
5. NAK KURUS??? Anda sendiri mesti pandai atur portion atau saiz hidangan sendiri. Pengambilan VCOA akan menjadikan anda lebih bertenaga dan kadar metabolism meningkat.  Jika anda rasa selepas pengambilan VCOA anda kerap rasa lapar dan nafsu makan membuak-buak , LEBIHKAN saiz hidangan atau pengambilan IKAN dan sayur dalam diet harian anda.
6. PALING PENTING SEKALI . Pastikan anda minum air kosong dengan cukup sekurang2nya 3 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dalam badan akan berjalan dengan lebih lancar dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga sentiasa.

MANFAAT MINYAK KELAPA DARA/ TREENEA VCOA

Antara manfaat-manfaat Minyak Kelapa Dara: 
  • Masalah Resdung 
Minyak  kelapa dara adalah pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting Minyak kelapa dara. Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan Minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti resdung. 
  • Masalah Tiroid 
Minyak kelapa boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid. Tidak kira samada ia mengidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Dalam kedua-dua kes minyak kelapa dapat memberi bermanfaat untuk masalah tiroid. Minyak kelapa dara dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik. Minyak kelapa dara juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma. 
  • Penjagaan Rambut 
Minyak kelapa merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat memberikan mereka kulit berkilau. Urutan kepala dengan minyak kelapa dara memastikan bahawa kulit kepala bebas dari kelimumur, kutu, dan telur kutu, bahkan jika kulit kepala anda kering. Minyak kelapa dara banyak digunakan di benua India untuk rawatan rambut. Ia merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ini juga berkhasiat dan menyediakan protein penting yang diperlukan untuk rambut rosak. Oleh kerana itu digunakan sebagai minyak rambut dan digunakan untuk membuat pelbagai penyejuk dan krim mencegah kelimumur. Minyak kelapa dara disapu untuk rawatan rambut. 
  • Penjagaan Kulit 
Minyak kelapa dara amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. Manfaat minyak kelapa pada kulit adalah setanding dengan krim pelembab. Malah ia jauh lebih baik daripada krim pelembab kerana ia diserap kedalam kulit, tidak ada kesan samping pada kulit dengan penggunaan Minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas. Hal ini juga melambatkan proses penuaan dan berkurangnya keanjalan kulit yang biasanya menjadi kendur seiring dengan usia. Minyak kelapa juga membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk psoriasis, dermatitis, eksim dan lain-lain jangkitan kulit. Oleh kerana itu minyak kelapa bentuk bahan dasar berbagai perawatan tubuh produk-produk seperti sabun, lotion, krim, dll, digunakan untuk rawatan kulit. 
  • Melewatkan proses Penuaan 
Minyak kelapa membantu dalam melewatkan proses penuaan awal dan penyakit degeneratif kerana sifat antioksidan semulajadi. 
  • Penyakit Jantung 
Ada salah faham yang tersebar di antara orang ramai bahawa minyak kelapa tidak baik untuk jantung. Ini kerana ia mengandungi sejumlah besar lemak tepu. Sebenarnya, Minyak kelapa dara memberi kebaikan untuk jantung. Ia mengandungi asid laurik sekitar 50% hingga 70%, yang boleh membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Lemak tepu yang terkandung di dalam Minyak kelapa dara tidak berbahaya seperti dalam minyak sayuran lain. Itu tidak menyebabkan peningkatan kadar LDL. Ia dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri dan membantu mencegah aterosklerosis. 
  • Masalah Berat Badan 
Minyak kelapa dara dapat membantu mengurangkan berat badann. Mengandungi asid lemak rantai sederhana yang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Minyak kelapa dara lebih mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan sistem enzim atau penghadaman. Seterusnya, meningkatkan metabolisma tubuh dengan menghilangkan tekanan pada pancreases, membantu pembakaran lemak untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan membantu orang yang gemuk dan kelebihan berat badan dan membantu mengurangkan berat badan mereka. Itulah sebabnya, orang-orang yang tinggal di daerah pantai tropika, yang menjadikan minyak kelapa sebagai sumber makanan utama mereka, biasanya tidak mengalami masalah berat badan, obesiti atau kegemukan. 
  • Untuk Pencernaan 
Minyak kelapa dara membantu dalam proses sistem pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah didalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar. Lemak tepu dalam Minyak kelapa dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain, yang menyebabkan gangguan didalam sistem pencernaan. Minyak kelapa dara juga dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti vitamin, mineral dan asid amino. 
  • Sistem imun atau Kekebalan tubuh 
Minyak kelapa amat baik untuk sistem kekebalan tubuh. Membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh kerana ia mengandungi lipid antimikrobial, asid laurik, asid kaprat dan asid kaprilat yang antikulat, memiliki sifat anti bakteria dan antivirus yang kuat. Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu dalam menghadapi virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus, dan bahkan HIV. Ia membantu dalam memerangi bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan pylori heliobacter, dan protozoa berbahaya seperti giardia lamblia. 
  • Penyembuhan secara semulajadi 
Jika diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan, membentuk lapisan kimia yang melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh debu, kulat, bakteria dan virus yang tidak diperlukan oleh tubuh. Minyak kelapa dara yang paling berkesan pada luka kerana mempercepatkan proses penyembuhan dengan memperbaiki rangkaian yang rosak. Masalah Jangkitan minyak kelapa sangat efektif melawan pelbagai jangkitan kerana sifat-sifatnya antikulat, antivirus, dan antibakteria. Menurut sebuah Pusat Penyelidikan , Minyak kelapa membunuh virus yang menyebabkan influenza, campak, hepatitis, herpes, SARS, dll juga boleh membunuh bakteria yang menyebabkan sakit telinga, infeksi kerongkong, jangkitan saluran kencing, pneumonia, dan gonore. Minyak kelapa dara juga berkesan dalam mencegah kulat dan ragi yang menyebabkan candida, jangkitan kulat kronik, ruam lampin. 
  • Mencegah masalah Hati 
Kehadiran trigliserida rantaian sederhana dan asid lemak membantu dalam mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah diubah menjadi tenaga apabila ia sampai ke hati, sehingga dapat mengurangkan bebanan pada hati dan juga mencegah penyimpanan lemak. 
  • Kencing Manis atau Diabetes 
Minyak kelapa membantu dalam mengawal kandungan gula dalam darah, dan meningkatkan penghasilan insulin. Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos didalam darah dengan lebih berkesan, sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes. 
  • Untuk Tulang 
Seperti disebutkan sebelumnya, minyak kelapa meningkatkan kemampuan tubuh kita untuk menyerap mineral penting. Ini termasuk kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk menguatkan tulang. Dengan itu minyak kelapa dara membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos. 
  • Penjagaan Gigi 
Kalsium adalah unsur terpenting dalam gigi. Minyak kelapa dara dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh, membantu dalam mendapatkan gigi yang kuat. Minyak kelapa dapat membantu masalah kerosakan gigi. 
  • Untuk Kesihatan 
Minyak kelapa dara sering digunakan oleh para atlit untuk menguatkan tubuh dan mereka yang sedang mengamalkan diet. Ini kerana Minyak kelapa dara mengandungi kalori yang lebih rendah daripada minyak lain, kadar lemak yang mudah diubah menjadi tenaga dan tidak menyebabkan pengumpulan lemak pada jantung dan arteri. Minyak kelapa dara dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina, dan dapat meningkatkan prestasi atlit.

APA ITU MINYAK KELAPA DARA ATAU VCO??



Minyak Kelapa Dara (VCO) yang diperolehi dari Treenea mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dibandingkan dengan minyak kelapa dara lain. Ia dihasilkan dari proses yang tidak menggunakan haba dan formulanya yang telah dikaji secara teliti dan terperinci menggunakan 100% pati kelapa dara organik yang bebas dari kolesterol.
VCO-Treenea kaya dengan Vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol) dan vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Vitamin A dan E jugadipercayaiboleh bertindak sebagai ejen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan jantung.

Pembukaan 2013

Assalamualaikum to ALL blogger.Agak lama saya menyepi..Busy yg TERamat sangat..InsyAllah mulai 2013 Ony akan menghupdate blog ni selalu...Ini kerana saya sudah FREE..

Dijadikan cerita 31.12.2012 adalah hari terakhir saya sebagai pekerja.2013 memang cabaran buat saya.Akhirnya keputusan utk berhenti dibuat kerana kesabaran dah sampai ke kemuncak.Awal Disember ritu my daughter admited kat Pantai Hospital Ipoh.Do hospital tu la saya nekad membuat keputusan utk RESIGN..Pada Ony duit boleh dicari.

Dalam byk tempat kerja yg pernah Ony kerja disinila yg paling lama.Environment,kerja memang ok kat sini TAPI kebajikan pekerja mmg out..

Seriously,kesabaran dah xleh sabar.Hujung 2012 Ony have planning to open our own design company.Alhamdulliah ianya akan menjadi realiti next month.

Our company will launch next month.Now under renovations.Disamping tu Ony juga fully with my online shopping Tiny Tots Collections.Free u all cuci2 la mata kat my online shop ek..

Bagi yg berada di area Ipoh bolehla dtg ke office nanti..

58-1 Jalan bestari A9 Taipan 2 City , Bandar Meru Raya 30200 ipoh perak

 
Wish me luck u all :)



Monday, February 20, 2012

Permainan Si Kecil

As-salam all blogger..Fuhh!! Dah berhabuk dah blog mak ni...Mak skrg agak bizi..Ecehh...Dah lama x membebel pasal bambam..Kalo x blog mak ni asik pasal bambam je la..U all rindu x kat`bambam?Dah lama x tatap muke bambam ek..
Now My Bambam dah 18bln..Dah sthun stengah anak dara mak nih..Pejam celik pejam celik dah anak dara ek..Hihihih...Diusia setahun stengah ni byk benda dah Bambam tau..bercakap usah kata la...Pot pet non stop...Ade je..Alhamdulillah Bambam x pelat sngat..Di usia ni gak Bambam dah leh baca ABC,123...Wlaupon berterabur..Hihihihi...
Dari segi percakapan byk org2 tua kata jgn si ibu@bapa ni berckp pelat ala2 manja dgn sikecik..Kalo budak ni nak belajar berckp si anak akn tiru ape yg kite ckp/lakukan..Memang betul pon si kecik akan bulat2 follow apa kita buat.
Jom mak nak share alat2 permainan si Bambam...Ni die ruangan membaca si Bambam..:)

Di atas meja comel ni mak letak kan smue buku2 je..and kerusi comel...Bukan pe kasi si Bambam cam berminat ckit nk menyelak smue buku2 nih...Dan skrg mak dah start belikan story book kat Bambam..Mak tau si bambam bukannye tau pe..Tp dr situkite leh pupuk die minat membaca kan...Bukan pe mak xnak die ikot mak..Study x tinggi mana..So kite kenela didik anak supaya x follow kite...

Walaupon Bambam si anak dara tp die mmg minat bola...Pening kalo lalu kedai yg ada bola..Lalu ke kalo de 10 kedai,10 kedai tu die nak bole...Die akan snyap wlaupon dapat bol tu besar penumbuk je..Hihihih...Ni antara pengangkutan Bambam..COming soon mak nak belikan basikal..Semua ni beli kat 1 kedai kt kg..Serius smue murah gilerrrr....

NI antara toys2 Bambam...Mak x de belikan die bear2 pon...Sbb anak dara mak ni ada astma...Hihihih...

Kalau nak beli mainan kn mak lebih suke kalo ade education...

Taraaa...muka si Bambam sah muncul..Comei x saya skrg unty2...Mama saya dah ptongkan rambut ala Agnes monika tuh..Tp rabut depan saya xde so xbape nak jadik la..So tggu di lain entry mak akan cerita lagi ek...:)

Tuesday, November 22, 2011

Ke mana Hilangnya??

Fuhh!! Fuhh!!

Berhabuk dah blog ni...
Mane la pegi tuan punya blog ni..
Ape la yg dibizikan x bukak blog langsung..
Hihihih...

Pape pon i wendu nk menulis disini..

Tata

Thursday, August 25, 2011

Dari Kami Sefamili

Buat semua teman2 blogger,
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Mintak ampun byk2 andai tersalah kata,
kot2 ada terasa apa2..
0-0 ek...

Semoga anda semua bergembira di Aidilfitri..:)

Sunday, August 21, 2011

Maliya Juana is ONE

Today 22/8/2011 genapla my pricess MALIYA JUANA 1 year
Terlalu cpt mase berlalu...Dlm setahun ni pon pelbagai dugaan kami diuji...
Semoga anak mama papa membesar dengan sihat...
Be a good girl ok...
Jangan noty2...Dah besa nanti denga ckp mama papa tau...
Mama papa cyg liya sngt2...
Mmmmuuuuaaaahhhhh...:D

Monday, August 15, 2011

Berhijrah

Alhamdulillah akhirnya kami berpindah ke umah sndiri...Impian utk thn ni dah tercapai...
Wlaupon kecik,bukan banglo jadi le tok kami 3 beranak..
Memikirkan price uma semakin mahal..Dr dok bayar sewa yg akhirnya bkn milik kite,so kami decide la utk membeli...
Mlm sblm berangkat...tgk la asistant sy...bile tgk uma cam kapal karam,
lagila die snok nak main...Byk mende nk buatkan,,,
hihihihihi
Campak ,ikat,campak,ikat skrg jenuh nk kemas balik..
Ni la 3 hero yg mengangkt...sorg g xnampak kapla...hihihihi...terpaksa uma org yg x berpuasa angkt barang..
Almaklumla sape larat pose2 nk angkt brg kan...
Dr angkt dan smpai je brg siap arah g tu letak mana3..
senang koje i...:D

Nampaknya beraya di uma baru la...
Now mood deco2...
:D


Friday, August 12, 2011

Saya macam siapa???

Hye unty2...saya dah nak setahun dah...Yehaaaa...
Bile dah makin beso ni makin ramai ckp saya muka cam papa...
Tang mane bhgn mama ek..??
Kalo org tue2 kate elok...gegirl ikot papa,boboi ikot mama..sejok katenye...
Tp mama & papa ckp saya xde muka papa...hihihihi...
xpe ikot r sape2 pon..cz mama & papa saya cute kan...hihihih...

Monday, August 8, 2011

Liya meet Dani

Berjumpa rakan di alam maya lagi...Ana si mama Dani...
Si Dani yg kecik molek...Dgn kasot berbunyi...hihhihi..
Alangkah besnye kalau smue hot mama berkumpol...
Hot Papa..:D
Cam twin kan...
Taraaa....saya yg berkuit ngada2...Gigit nyamok bagaikan digigit buaya...hahhaha

NOta:Pic smue dicilok dr ana...I bawak badan je..:D

Tuesday, August 2, 2011

Blogger tee

Alhamdulillah slepas pelbagai ujian ditempun utk menyiapkan baju ni...Mcm2 hal...naik pening...Hope all momies berpuas hati la dgn hasilnya ek...

Model x berbayar sedang menggayakan baju ni...
Time bergaya diluar smue makcik2 tegor..."amboi ade name ek baju die"
hahahhahaha...:D

Lepas ni kite jalankan misi baju mak apak plak ek..:)

Sunday, July 31, 2011

Alif meet Liya

Pheewwiittt...Si teruna dah bertemu ngan si anak dara...Si anak dara malu2...Wauuu baik anak mama...Good girl...
Si teruna tersnyum dok sblah awek...ahaks!!!
Bonda2 bersama si anak...

Daku sprt gangster lengan baju gitu...
TQ to Jue sudi singgah ke mini teratak kami...
nanti kami pindah uma baru leh r singgah..:D.

P/S" Alif dah tayang baju tunggu liya plak tayang jap g...wink..:D

Tuesday, July 26, 2011

Walk Training

Semenjak Bambam dah dpt selangkah dua ni..mama papa la over excited...Mlm je training Bambam bejalan...Weken je bawak g taman...Kasi semangat kan..Target mama papa nak kasi liya bejalan sblm setahun...Cetttt!!! Senang nk mintk duit raya nanti..:)
Hahahhahaha...
Cer tgk mane anak dara tu pegi...Baru umur gini dah reti nk sesuatu..Sok pandai ckp kite dok uma je ek Liya...
Selagi x di angkt die x berganjak dr bola tu..
Tgk..org suruh bertatih..die g memanjat!!!
Dah r main cara x btoi...
Anak oh anak!!
See...Ni boboi ke gegirl...
Budak lain dah xleh nk main gelongsor ni..
Dah sorg budak tertenggek je atas ni...
Dibawak turun tetap nk ke gelongsor..
Mama papa dah penat jom balik r Liya...:D

Sunday, July 24, 2011

11 bulan

Fuuhhh...berabuk blog...ohh mama ony ape ug dibizikan ni...x update2 blog...Ni ha mama sejak akhir2 ni busy ngan si bulat ni...Sejak dpt selangkah dua mula itu je nk dibuat...mmg xleh buat ape...Kene ngadap die je...Bkn pe riso tersembam ke bawah naya...:D
Dlm dijaga pon leh bedentum..hihihihi...
Maliya di umur 11 bln...:)
* Salam org sudah tau...Dulu diajar keras je tngan..Skang pandai dah...
*Flying kiss pon sudah tau...Syg org pon sudah tau...
* Lagi kuat merayap...Sehari duduk rumah die mulala...Meragam x tentu hala..
*Kuat mengemas usah kata..
*Kuat membebel...X paham lngsung
* Sudah pandai mengikut ape org ckp...Nada kite ckp pon die nak follow...
*Smlm mama baru jumpe ape yg Bambam tkot...Iaitu masok ke car wash auto tu dipelok eratnye mama...Mayb tkot bunyi ke pe ke tah r..
*Masih berat utk pangil mama asik papa je..mama hanya bile nanges shj..
* Sudah melangkah setapak dua..

NEXT MONTH u are turning 1..Yehaaaa..:D

Wednesday, June 22, 2011

Pengalaman Kedua

Ni kali kedua Bambam admit wad...Atas sebab yg sama...Tgk die cam susah bernafas...
Zasss pagi2 kami terjah GH Ipoh..Ape lg amik nab..tgk cam ok...Pastu anta ke BS cam biasa...Blik ptg tu ya allah tgk pernafasan die naik turun lagi...Begenang air mata tgk...
Sebenarnye rasa menyesal sesangat cz mlm tu babab montot bambam...cz die tido dlm keadaan hempas pulas...Kepala bape kali terhantuk dinding..tp x nanges...habes die tawaf...rupe2nye bangun pg jg camni...agaknye die gelisah susah nak nafas...Menyesal sesangat...Sory cyggg...mama x sengaja...Mama xtau...kalo leh pindah segala penyakit ke mama,mama rela..sob sob..
Ok continue ke GH balik lepas amik dr BS..Mlm tros ke GH kembali...Amik nab..Kali pertama xjln,kali kedua xjln,kali ketiga pon same...Ok kena admit nih!!!!Nak wat camne terpaksala mak bermalam di hospital 5 star itu....
Liya bkn nak kate,die kalau sakit siyes sikit xde meragam...Doc pon naik pelik ngan die...U ni sakit ke x...ingat dok sepital cam check in hotel ke??hahhahah...die dok main je...Nak nak lagi katil gitu lagila...Doc,nurse dtg cek die siap main cak cak g..:P

Next month refer pakar...now mama kene isi timetable keadaan liya stiap hari...Hope anak mama ok xde pape...
Tengok nak bermain jek...
ni terlena sementara proses nk kluo wad...Doc pon kate
"iii sakit2 pon bergaya,berskit,bersinglet..hahahha"
abes xkan nk comot kot doc...

GH Ipoh ni burung keluar masok...Bambam sukela tgk...
Mama paling ngeri dok hspital...xkan ke toilet jika x berteman..:P

Sunday, June 19, 2011

Step Pembelian Rumah 2nd

Ok…kali n ink cite tang pembelian umah…InsyAllah kami akan berpindah ke rumah sndiri x lama lagi…Kami hanya mampu membeli uma 2nd shj..Bkn pe bile g uma dlm pembinaan soalan pertama dorg kerja gov ke swasta??Kalo swasta loan payah ckit…Sakit hati disitu…Ya,Ony pernah submit name tok pembelian uma baru tp x dilayan tau² sold out..Hiba sungguh…So Ony akan story tentang pembelian uma 2nd la ek..

Selepas dpt tau umah tu nak juai kami kol owner & nak tgk keadaan dlm uma…Dr segi elektrik ,air smue camne…Alhamdulillah uma ok..& owner pon baru cat..So berjimat kami di CAT…

Kemudian urusan naik turun bank bermula…Kami servey bank mane yg menawarkan pekej terbaik..Yg minus BLR pling tinggi..More important owner x leh jual price lebih dr pasaran…melainkan anda kaya nk topup duit sndiri..Hihihih….

Selepas naik turun bank isi form & lulus ape lagi tros sign…Senyum lebar kejap…Kerana anda dah berjaya beli 1 lagi asset..Yippiiieee…Pas sign tros mood mendeco ade…J Ok selepas sign bank akan proses lawyer & upah tnagkap gambar…Tugas tukang tangkap gambar disini dia menilai harga rumah…Cth uma siap bergrill,porch ,sambung ckit of course price lagi up…Tukang tngkap gambor harus dibayar sndiri bkn masuk loan ek..

Kemudian lawyer akan call camne perjanjian kite ngan owner..10% dibayar camne cz laywer nk menyediakan perjanjian kite ngan owner camne..lawyer plak leh kautim,nak baya cash @ 50%..selebihnya time pas epf kluo pon bole...yer bank loan hanya lulus 90% shj…Mane2 bank pergi 90% shj dorg kasi cz dorg kate nampak ckit komitmen kite..Tp uma baru leh 100% loan..Knape xtau r plak..Selepas sign document lawyer,sign S&P bolehla kite berurusan dengan EPF plak…Jom mengeluarkan akaun 2 plak…

Itu shjla yg dpt Ony critekan berdasarkan pengalaman kami…So pd sesiapa nk li uma elok li ASAP bkn pe price uma semakin naik…BLR xkan turun punya…Biarla kecik asalkan menjadi hak kita akhirnya..